Blog Bola Sepak Malaysia

Senarai Pasukan Dan Undian Piala Malaysia 2016

Kejohanan berprestij bola sepak Malaysia, Piala Malaysia 2016 merupakan kejohanan edisi ke 90 sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1921. Untuk edisi kali ini, format adalah berbeza di mana 11 pasukan terbaik Pusingan Pertama Liga Super 2016 serta 5 pasukan terbaik Pusingan Pertama Liga Premier 2016 layak ke pusingan akhir Piala Malaysia 2016. Undian peringkat kumpulan akan diadakan pada 23 Mei 2016 akan datang. Sepak Mula Piala Malaysia 2016 akan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang. 16 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Juara bertahan edisi TM Piala Malaysia 2015, Selangor sekali lagi akan turun bagi mempertahankan gelaran yang mereka kecapi musim lalu. Namun laluan mereka pastinya berliku dengan pendahulu semasa Liga Super 2016 iaitu Felda United serta Juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim FC dilihat antara pasukan pilihan kali ini. Namun begitu saingan 13 pasukan lain tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku. Kami percaya, edisi Piala Malaysia 2016 ini pastinya akan sarat dengan kejutan dan tidak mustahil pasukan kerdil mampu memberikan saingan hebat ke atas pasukan-pasukan yang berstatus bintang. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol serta kemampuan pertahanan mengekang asakan lawan pastinya mempunyai kelebihan melangkah ke pusingan seterusnya.

Berikut adalah kedudukan pasukan berdasarkan pilihan untuk undian kumpulan akan datang :
Balang 1 : Felda United, Johor Darul Ta'zim FC, Selangor, T-Team
Balang 2 : Kedah, Kelantan, PDRM FA, Terengganu
Balang 3 : Perak, Sarawak, Pahang FC, Melaka United
Balang 4 : Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor Darul Ta'zim II, PKNS FC  

Undian Rasmi Kumpulan Pasukan Piala Malaysia

Kumpulan A : T-Team, Kedah, Sarawak, JDT II
Kumpulan B : Selangor, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur
Kumpulan C : Johor Darul Takzim, PDRM, Perak, PKNS
Kumpulan D : FELDA United, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan

Klik sini jika ingin download jadual penuh Piala Malaysia dalam bentuk PDF

0 Comments for "Senarai Pasukan Dan Undian Piala Malaysia 2016"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top