Blog Bola Sepak Malaysia

iFlix Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2018


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga, FMLLP hari ini telah mengumumkan bahawa pengeluar perkhidmatan “video on demand”, iFlix akan menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia musim 2018. Kerjasama ini bernilai RM300 Juta dan mendapat sambutan yang positif daripada peminat bola sepak Malaysia. Kami juga berpendapat usaha kerjasama ini akan memberi kelebihan buat para peminat bola sepak tempatan. Di sini kami akan memberikan kepada anda kelebihan yang bakal diperoleh.

1. Lebih banyak perlawanan dapat disaksikan.

Selain perlawanan yang akan disiarkan di kaca televisyen, para peminat bola sepak Malaysia juga boleh menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka menerusi telefon pintar mereka. Di zaman yang serba moden ini, telefon bimbit merupakan alat wajib untuk kita bawa kemana-mana. Hal ini jelas memudahkan para peminat. Jika ada mempunyai urusan yang membuatkan anda tidak dapat datang ke stadium, layan saja iFlix. Dimana saja anda berada, anda boleh menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran tanpa datang ke stadium.

2. Menarik lebih banyak lagi peminat/penonton
Katakanlah anda ketika ini berada di luar negara. Tapi anda mahu menonton perlawanan Liga Malaysia. Iflix memberikan platform kepada anda untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran anda. Tak perlu melayari “live stream” haram di Facebook yang tak berapa jelas tu. Dengan ini anda juga boleh membantu memperkuat kewangan pasukan dengan melanggan ke iFlix. Selain itu, penyiaran perlawanan Liga Malaysai di iFlix juga dapat menarik peminat dari sekitar Asia Tenggara. Kita boleh lihat ramai pemain dari negara-negara Asia Tenggara yang bermain di Liga kita. “Market” Liga Malaysia akan semakin meluas.
3. Siapa ada “plan” lebih baik, dia menang
Syarikat telekomunikasi juga boleh mengambil peluang ini sebagai platform untuk mereka memajukan lagi bisnes mereka. Siapa yang menawarkan pelan data yang membolehkan pengguna melayari iFlix tanpa had sebagai contoh, dialah yang akan menguasai pasaran di atas talian bola sepak Malaysia.
4. Peluang pasukan untuk mencari penaja dari kalangan syarikat telekomunikasi
Selain syarikat telekomunikasi, pasukan yang bertanding dalam Liga M juga boleh mengambil peluang ini untuk mencari penaja bagi memperkuatkan kewangan pasukan mereka.
5. Sistem “scouting” percuma
Kebanyakkan kelab di Eropah menggunakan sistem “scouting” bagi mencari pemain yang sesuai untuk pasukan mereka. Dengan adanya iFlix, pasukan dalam Liga boleh melihat kesemua perlawanan Liga Malaysia dan jika mereka bijak, mereka akan membuat analisis. Dengan analisis ini, secara langsung mereka dapat mengenal pasti pemain mana yang sesuai untuk dibeli. Dunia sudah maju. Jadi gunalah platform yang diberikan ini dengan sebaiknya.
Sumber: Inikanbola.my
0 Comments for "iFlix Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2018"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top