Blog Bola Sepak Malaysia

Mia Ahmad umum nikah penjaga gol JDT Izham Tarmizi


Mia Ahmad dan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Ahmad akan mengumumkan butiran rancangan pernikahan dengan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan pada sidang akhbar di sini, lusa. 


Mia bagaimanapun tidak menolak majlis pernikahan akan diadakan Januari depan. 

"Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami. 

"Insya-Allah, lusa saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad. Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media.

 "Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini," katanya kepada BH Online. 

Sebelum ini, Mia yang popular selepas muncul dalam drama rantaian, Hati Perempuan, mengaku berkawan dengan Izham tetapi tidak diketahui status hubungan mereka. 

Mia berkata, dia dan Izham sempat 'terbang' ke New Zealand baru-baru ini bagi menjalani penggambaran gambar pra perkahwinan. 

"Saya pernah berkunjung ke New Zealand. Tetapi lokasi yang diatur syarikat fotografi belum pernah saya jejaki. 

"Semua ini tidak dirancang... Syarikat CST yang akan merakamkan gambar bertanya apakah saya berminat pergi ke New Zealand. 

"Selepas saya bersetuju, Izham juga kebetulan dapat turut serta. Semuanya dipermudahkan... Alhamdulillah," katanya yang akan muncul dengan drama Jejak Karmila di TV3, tidak lama lagi.


Sumber: Berita Harian



0 Comments for "Mia Ahmad umum nikah penjaga gol JDT Izham Tarmizi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top