Blog Bola Sepak Malaysia

Faiz terus dahului undian awal Anugerah Puskas


PEMAIN Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - Foto Danial Saad
KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri tampak berada di posisi pertama untuk layak ke pusingan penentuan tiga jaringan terbaik bagi Anugerah Puskas menerusi proses pengundian yang akan berakhir pada 2 Disember ini. 

Walaupun jumlah undian untuk anugerah itu tidak didedahkan, video rasmi pencalonan bagi Mohd Faiz sudah mencecah 1.22 juta dan ia jauh mendahului sembilan lagi calon lain termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar. 

Sehingga jam 6 petang tadi, video jaringan 'menakjubkan' Mohd Faiz ditonton 1,225,706 pelayar internet sejak dimuat naik enam hari lalu. 

Jaringan pemain Brazil, Marlone di tempat kedua dengan ditonton 855,407 pelayar manakala Messi (845,503) dan Neymar (826,353).

Sumber: Berita Harian



0 Comments for "Faiz terus dahului undian awal Anugerah Puskas"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top