Blog Bola Malaysia

5 Pemain Muda Terbaik Liga Super 2016

Umum mengetahui saingan Liga Super 2016 telahpun tamat. Walaupun dilanda pelbagai kontroversi yang telah melanda dan mungkin bakal melanda (kes penggantungan pemain). Namun itu bukanlah topik yang ingin dibincangkan disini.

Kali ini BloggerBolaMalaysia ingin memilih 5 pemain muda terbaik Liga Super. Pemilihan pemain pemain ini berdasarkan ciri ciri : 

1) Pemain berusia bawah 22 tahun
2) Jumlah minit beraksi dalam perlawanan yang baik
3) Memberi impak kepada pasukan


SAFAWI RASID (T TEAM)

kredit foto : facebook t team fc
Menjaringkan 2 gol untuk skuad T Team, satu angka yang cukup baik untuk pemain yang baru berusia 19 tahun.

Safawi Rasid juga mempunyai kelebihan sepakan percuma dan tendangan jarak jauh yang baik. Kemungkinan akan diintai pasukan pasukan besar pada saingan liga tahun hadapan.


MATTHEW DAVIES (PAHANG)

kredit foto : facebook pahang fc
Nama Matthew Davies sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat yang mengikuti saingan Liga Malaysia. Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini baru berusia 21 tahun. Beraksi di bahagian pertahanan pasukan Pahang, juga salah satu pemain favorite Ong Kim Swee bagi posisi pertahanan kanan skuad kebangsaan.

Walaupun pasukan Pahang menampilkan prestasi terumbang ambing, Davies yang menampilkan prestasi yang baik dirasakan pemain terbaik pasukan Pahang musim ini. Tidak hairanlah juga dia juga telah dipilih sebagai kapten pasukan Pahang musim ini walaupun baru berusia 21 tahun.


KHAIRIL ANUAR 'BETO' (PERAK)

kredit foto : arena seladang
Lebih dikenali sebagai 'beto' di kalangan peminat pasukan Perak. Khairil Anuar merupakan pemain tengah yang berfizikal kecil namun mempunyai gerakan lincah yang sering memperdayakan pemain pasukan lawan.

Pemain ini diramalkan untuk kekal bersama pasukan Perak tahun hadapan. Juga akan menjadi pemain yang menjadi pilihan Frank Bernhardt pada temasya Sukan Sea 2017 akan datang.


HADIN AZMAN (FELDA UNITED)

kredit foto : foufourtwo

Hadin Azman merupakan produk Harimau Muda. Berusia 22 tahun dan boleh beraksi di mana mana bahagian serangan.

Bekas pemain JDT ini semakin mencipta nama di dalam saingan bola sepak Malaysia Menyumbangkan 6 gol dalam saingan liga dan 1 gol untuk skuad kebangsaan walaupun baru dipanggil ke dalam skuad kebangsaaan. 

Hadin merupakan penjaring kedua terbanyak bagi pemain tempatan di belakang pemain Perak, Fazrul Hazli yang menjaringkan 7 gol.


AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK (KEDAH)

kredit foto : facebook kedah fa
10 tahun yang lalu Amirul hanya membantu bapanya menjual sayur di Pendang, Kedah. Kini dia merupakan aset jangka masa panjang jentera tengah pasukan Kedah dan skuad kebangsaan.

Berumur 21 tahun, kebiasaannya beraksi sebagai defensive midfielder (dmf). Ketenangan Amirul mengawal bola dan membantu pertahanan membebaskan rakan sepasukan Liridon Krasniqi lebih untuk beraksi di atas membantu penyerang.

Sudah dipanggil Ong Kim Swee bersama skuad senior. Kami juga meramalkan pemain ini akan menjadi watak utama di dalam skuad Malaysia Sukan Sea 2017.


0 Comments for "5 Pemain Muda Terbaik Liga Super 2016"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top