Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Andik Vermansyah | Kenali Pemain

Andik Vermansyah Selangor


Biodata Andik Vermansyah
Mengenai Andik Vermansah

Andik Vermansyah merupakan pemain bola sepak kelahiran Indonesia. Kisah Andik untuk bermain bola sepak boleh dijadikan inspirasi untuk setiap orang berusaha keras untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.

Andik bukan dilahirkan di dalam keluarga yang senang. Pada mulanya dengan gaji ibubapanya yang kecil memungkinkan Andik terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Kesusahan hidup keluarganya membuatkan Andik terpaksa menjual kek dan ais untuk meraih wang jika dia ingin membeli but bola sepak.

Hasil usaha kerasnya membeli but bola sepak membolehkan dia menunjukkan bakatnya walau di liga antara kampung. Tertarik dengan bakat yang ada pada Andik, coach pasukan SSB Suryanaga telah menawarkan Andik untuk bermain bersama akademi pasukan itu dan ianya free of charge tanpa sebarang bayaran untuk Andik.

Andik Persebaya

Andik  memulakan karier profesional bersama pasukan belia Persebaya Surabaya sebelum dinaikkan ke skuad utama Persebaya. Bermain untuk pasukan itu sehingga tahun 2013. 

Pada Oktober tahun itu Andik telah ditawarkan trial dari pasukan divisyen 1 Liga Jepun, Ventforet Kofu. Pada masa yang sama Andik mendapat tawaran dari pasukan Selangor.

Andik akhirnya memilih untuk beraksi bersama Selangor (dikhabarkan Selangor menawarkan gaji lebih menarik) untuk musim 2014 dan sebab utama beliau memilih untuk bermain di Liga Malaysia ialah kerana dia ingin dekat untuk berhubung bersama keluarganya di Indonesia.


Info Menarik Mengenai Andik

Pada tahun 2011 ketika perlawanan persahabatan Pilihan Indonesia menentang LA Galaxy, Andik telah ditackle keras oleh David Beckham kerana Beckham menyifatkan Andik sangat sukar dikawal akhirnya memilih untuk membentesnya.

andik vs beckham

Walaubagaimanapun setelah tamat perlawanan Beckham secara sukarela menawarkan untuk bertukar jersi bersama Andik.

beckham vs andik

Suatu hari nanti nama Andik Vermansyah pasti bakal diingati peminat bola sepak di Malaysia dan Indonesia kerana pemain ini mempunyai kualiti setanding Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas.


0 Comments for "Biodata Andik Vermansyah | Kenali Pemain"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top