Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Ahmad Hazwan Bakri | Kenali Pemain


Ahmad Hazwan Bakri
AHMAD HAZWAN BAKRI

Nama Ahmad Hazwan Bakri semakin disebut oleh peminat bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini atas kejayaannya menjaringkan 2 gol pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 yang lalu.

Biodata Ahmad Hazwan Bakri

Nama : Ahmad Hazwan Bin Bakri
Tarikh Lahir : 19 Jun 1991
Tempat Lahir : Labuan
Pasukan 2015 : Selangor
Pasukan Sebelum : Kuala Lumpur, Harimau Muda

Karier Ahmad Hazwan Bakri bermula bersama pasukan Kuala Lumpur. Bakatnya dikesan oleh KLFA ketika dia beraksi mewakili pasukan Wilayah Persekutuan pada SUKMA 2008 di Terengganu.


Biodata Ahmad Hazwan Bakri
Hazwan Bakri ketika bersama Kuala Lumpur

Pada tahun 2009 (umurnya 19 tahun) dia beraksi bersama Kuala Lumpur. Aksinya yang baik pada usia muda membuahkan hasil, pada tahun 2011 Ahmad Hazwan Bakri telah dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee untuk bermain bersama skuad Olimpik Malaysia bawah 23 tahun(Harimau Muda), dalam siri perlawanan persahabatan dan latihan menentang kelab-kelab dari Liga Slovakia untuk persiapan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012. 


Beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan ketika menang ke atas kelab MFK Tatran Liptovsky Mikulas(2-1) dan MFK Dolny Kubin(2-0).


Ahmad Hazwan Bakri turut beraksi bersama skuad Olimpik Malaysia ketika perlawanan persahabatan dan latihan di Liga Australia pada Disember 2011 dan berhasil menjaringkan empat gol. Beliau menjaringkan dua gol ketika menentang kelab Sydney FC untuk memastikan kemenangan 3-0 untuk Malaysia. Dua gol lagi ketika membelasah kelab Central Coast Mariners 4-1.


Ketika penampilannya sewaktu perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain pada 5 Februari 2012 yang berkesudahan dengan Malaysia tewas 1-2, satu gol berjaya disumbangkan oleh beliau.


Hazwan Bakri Selangor
Aksi pertama Hazwan Bakri ketika menyarung jersi kebangsaan

Pada 28 April 2012 Ahmad Hazwan Bakri membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Malaysia(Harimau Malaya) yang masuk sebagai pemain gantian 20 minit sebelum tamat permainan, menjaringkan hatrik menentang Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan. Malaysia menang dengan keputusan 6-0.

Tiga gol Hazwan Bakri itu menjadikan beliau pemain termuda Malaysia menjaringkan hatrik untuk perlawanan persahabatan antarabangsa.
0 Comments for "Biodata Ahmad Hazwan Bakri | Kenali Pemain"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top