Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Shahrom Kalam

Biodata Shahrom Kalam

Biodata Shahrom Kalam

Nama Penuh : Muhammad Shahrom Bin Abdul Kalam
Posisi : Pertahanan
Tarikh Lahir : 15 September 1985
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tinggi : 178 cm
Berat : 74 kg
Pasukan Terdahulu : Kuala Lumpur, Shahzan Muda, Perak
Pasukan 2015 : Selangor


Shahrom Kalam memulakan karier sebagai pemain bersama pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur pada tahun 2004. Seterusnya pada tahun 2005 dia telah dinaikkan taraf untuk bermain bersama pasukan senior Kuala Lumpur. 



biodata shahrom kalam
Shahrom Kalam ketika beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur

Setelah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur dia telah berhijrah ke pasukan Shahzan Muda pada tahun 2007 untuk mengembangkan kariernya. Hanya selama setahun sahaja bersama Shahzan Muda, pada tahun 2008 dia kembali beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, negeri kelahiran beliau.

Aksi konsisten beliau membuatkan pasukan Perak telah membawanya untuk beraksi bersama pasukan itu pada tahun 2011 hingga 2013. Bersama pasukan Perak boleh dikatakan dia bermain dengan sangat baik sehingga terpilih untuk bermain bersama pasukan Malaysia.

Kini dari musim 2013 hingga 2015, dia beraksi bersama pasukan Selangor. Aksinya yang cukup konsisten telah menarik minat jurulatih beliau, Mehmet Durakovic untuk melantiknya sebagai kapten pasukan Selangor.





Jika prestasi Shahrom Kalam terus konsisten tidak mustahil untuk dia kembali mendapat panggilan bersama pasukan kebangsaan untuk bermain sebaris bersama Aidil Zafuan dan Razman Roslan.


0 Comments for "Biodata Shahrom Kalam"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top